Saturday, 18 June 2011

KAHWIN

  1.       Kahwin,married.. Amat sinonim,dan sesiapa juga mengetahui akan maknanya.. Dan kebahagian yang akan kita kecapi bila berkahwin... Sejak dari kecil lagi,kita dah didedahkan tentang kahwin.. Dan siap main kawin kawin lagi... Kelakar dan amat sweet kenangan itu kan?? Bila difikir fikir balik.. Sah anda tengah tersenyum sekarang kan??? Mengingat memori dulu. Perkahwinan,merangkumi segenap bangsa,dan agama. Dan kahwin ini dah satu fitrah yang Allah Swt tetapkan,sejak terciptanya Adam yang ditemani Hawa sebagai surinya. Dimalaysia ini,contohnya kahwin punyai berbagai adat dan cara,kerna dimalaysia ini punya pelbagai bangsa dan agama. Bagi masyarakat melayu yang dah tentunya islam,majlis kahwin akan disambut meriah sekali. Akad nikah akan dibuat dimasjid. Dan kendurinya akan dibuat dirumah pengantin,dewan ataupun dimasjid. Bagi masyarakat cina,mereka perlu mendaftar kahwin dulu,baru akan membuat majlis di restoran mewah kebanyakkannya. Mereka memang amat jarang membuat majlis kahwin dirumah. Dan bagi kaum india pula,upacara kahwin memang wajib di kuil mereka,memusing api,sambil sari antara duanya diikat. (Menunjukkan ikatan perkahwinan mereka yang kuat) Mengikut tradisi dan adat mereka. Dan disusuli kendurinya dirumah keluarganya.. Juga yang beragama kristian,akan mendaftar perkahwinan mereka,istihar digereja dan majlisnya dirumah atau restoran. Pelbagai cara dan adat yang kita lihat dalam bab kahwin ini.. Sesuai dengan masyarakat malaysia yang majmuk,berbilang kaum dan 1 malaysia.. Semuanya mengikut adat dan undang undang yang ditetapkan oleh agama masing masing.. Saya jadi terpanggil menulis karya KAHWIN ini kerna ada sebab dan musababnya kepada umat islam sekarang yang saya nampak,anda perasan akan tetapi tidak menceritakan...                                                                                                                                                                                                                                                                                            Apa yang kita lihat dalam masyarakat islam kita tentang kahwin pada zaman sekarang,telah banyak yang berubah dari sejak zaman Nabi Nabi kita.. Dahulunya perkahwinan disaran dalam islam adalah kerna ingin menjaga kesucian islam dan hubungan itu sendiri. Dan kahwin juga menunjukkan Allah Swt amat sayang pada umatnya. Dan tidak mahu umatnya hidup sendiri tanpa pasangan dan anak sebagai hiasan hidup dan tempat berkasih sayang.. Kahwin ini amat indah didengar,dan dirasai bagi sesiapa pun. ^Bagai raja sehari kata orang zaman sekarang^. Dizaman Nabi,syarat untuk berkahwin amat ringan,contohnya seperti lelaki wajib menyediakan Al-quran,seperangkatan alat solat(pakaian untuk bersolat) dan harus mampu,akil baligh juga matang. Apa yang kita lihat kahwin bagi Nabi dan sahabatnya adalah sesuatu anugerah dan kemuliaan yang besar,kurniaan dari Allah Swt kepada umat kecintaannya....  Akan tetapi apabila arus kemodenan semakin pantas dan maju,amat banyak perubahan  dalam  perkahwinan ini.. Dari segala aspek,cara,adat,dan pelbagai lagi yang berkaitan dengannya.
Dari sudut hantaran ataupun yang wajib,Al-Quran wajib sebagai syarat dizaman Nabi. Kini dizaman ini telah ditambah pelbagai adat dan syarat. Dengan adanya mas kahwin,hantaran beribu ribu,dan berdulang dulang hantaran barang,persandingan mengalahkan raja,pengantin dijunjung diatas kepala,joget lambak dan sebagainya yang kita nampak. Kalau takde RM15 Ribu ke RM20 ribu. Alamatnya lambatlah kahwin, seperti saya.. Itu harga pasangan  pendidikan taraf SPM,kalau DIPLOMA ATAU DEGREE??? Alamat gigitlah jari kawan oi.. Hehehe... Ada juga yang bergaji kecil tetapi ingin berkahwin,tepaksa berdikit dikit dan membuat personal loan untuk nak berkahwin. Utang 15 tahun ke 20 tahun. Anak dah abes sekolah pun tak abes bayar utang lagi.. Masyallah makin susah bro nak kahwin sekarang. Macam dah jadi beban dan tekanan pulak bagi lelaki yang berpendapatan rendah..                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Manakala bagi yang kaya dan berekonomi tinggi,itu tak jadi masalah.. *I ni duit father I tak habis makan u,berapa je hantaran u nak. I sanggup.. U r my life baby*   Dah tak kisah pulak dah,duit banyak la katakan. Sampai membazir pun takpe.. Hantaran besar,majlis dihotel mewah yang begitu grand,sampai diterjah pihak media. Tup tup,lepas seminggu dengar becerai.. Kenapa?? Kerna duit tak jadi masalah la!! Dia bole beli yang lagi hebat dan sempurna. Kahwin dah ibarat jual beli barang.. Subhanallah... Kaya harta tapi ceteknya iman,akal dan .......   Pabila dah kahwin dan bergelar suami isteri,semuanya indah. Modal dan segala perbelanjaan yang dikeluarkan tu dah tak fikir dah.. Bahagia kan,macam lagu Dato S.M.Salim. ^Dahulu bujang sekarang dah kahwin,dulu lain sekarang lain.^ Rasa amat berbaloi segala belanja yang,kita dok keluar tu.. Bahagianya kan???? Satu lagi hal orang kita ni. Bila kawan nak kahwin je,mula lah keluar dialog dialog nakal dan mengusik.. *Bro,gasaklah malam ini... Makan besar woo*.. Lepas seminggu jumpa pengantin baru,keluar pulak dimulut kata ini,*Amboi pengantin baru,lemah je. Lutut longgar ke??* Patutnya ucap tahniah dan bagi semangat kat kawan jadi suami misali atau isteri soleha. Ni diperlinya pulak. Merah pipi si pengantin baru tu... Perlu diingat ye,kahwin bukan semata kerna NAFSU SYAHWAT KAWAN!!! Perkahwinan satu tanggung jawab dan kehidupan!!!. Fuh panas... Bercerita  pulak tentang bujangan yang masih belum kahwin. Muda mudi islam kita ni. Banyak yang menyalah ertikan kahwin ini. Bila duk lepak di kedai mamak jumpa kawan. Mula la bertanya macam macam. Paling utama -kau dah kahwin ke bro-?? Dijawab dengan nakal. *aku kahwin dah nikah belum* dialog ini memang amat populer kita dengar dari mulut kawan kawan kita. Terkadang kita sendiri yang cakap macam tu kan??? Opsss... Kantoi... Ada juga kawan kita yang islam dengan selamba mengaku. ^Bro,aku lambat lagi nak kahwin,tapi dah setahun aku stay ngn gf aku,dah macam laki bini dah. Relex je^. Allahuakhbar... Dengan tanpa segan silu dan selamba je cakap macam tu. Jadi bangga pulak dia. Mana maruah mu bro?? Tak kurang hebatnya anak gadis islam kita sekarang ni. Dah tak kisah bela lelaki dirumah bujang mereka. Sampai sebelum naik rumah. Dah sms kawan. "Masuk bilik taw,laki I balik malam ni. Dia segan kalau u all nampak,faham faham taw u all".  Ya Allah,dengan kawan segan. Dok bikin maksiat dan panas dalam bilik tak segan. Tak malu pulak Allah nampak. Itulah contoh istilah kahwin yang kita salah erti dan pesongkan.. Kita nak ikut amareka style,cina style. Buncit dulu baru nikah,senang kan??  *Aku ni takda duit. Lagipun mak bapak dia tak suka aku,ni jela cara aku,dapat kahwin*. Sanggup bagi malu kat mak ayah dan famili janji dapat kahwin. Kadang tu bila dah berisi,tak berani nak tanggung. Operasi penguguran dan pembuangan bayi pon mulalah terjadi.. Bayi yang tak bersalah yang jadi mangsa mereka.. Ya Rabbi..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Ngerinya effect yang kita dapat dari kahwin ini. Kerna ekonomi,dan cara yang semakin menyulitkan seseorang muslim itu berkahwin. Terjadi macam macam perkara buruk dan salah disisi agama islam. Penceraian,sanggup berhutang dan tak makan kerna nak kahwin,mengabaikan pasangan kerna terlampau mewah dan kaya,buang bayi,anak luar ...., Practical dulu duduk sebumbung,sebelum kahwin dan nikah yang sah. Dan macam macam lagi... Nauzubillah... Adakah puncanya kerna syarat syaratnya semakin sukar,dan sulit?? Atau kerna semakin melambung harga hantaran yang mengikut status pendidikan?? Adakah kahwin sekadar suka suka?? Ataupun kahwin hanya permainan dunia??? Anda dah baca,dan saya pasti anda bisa nilaikan kenapa segala ini terjadi... Sesuatu yang memberi Kebahagian ini,akan tetapi menyusulkan Penderitaan..  Wahai kaum Hawa,berfikiran dan kasihanilah bakal SUAMI anda,jangan terlalu membebankan mereka.. Begitu juga si kaum Adam,beringatlah jangan fikir nak enjoy je,nanti sampai KE TUA tak kahwin.. Duit tak ada,dok harap gaya je...  Itulah lumrah tentang KAHWIN,fikirkan,renungkan....  Sekian coretan dan karya saya kali ini. Moga dapat dijadikan ikhtibar dan pedoman kita sebagai umat islam akhir zaman ini,ingatlah bersederhanalah dalam apapun,yang penting mengikut hukum syarak dan sunnah Nabi Muhammad Saw...  Moga Allah Swt menitipkan lagi ilham pada saya. Insyallah... Create by irwanshah. 18.6.11. 0856 am. P/S. SEBARKAN KERNA ALLAH BUKAN KERNA KEUNTUNGAN DUNIA.
              Telitilah hadis Nabi dibawah ini tentang dalil kahwin dan janji Allah... 
    "Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.( Surah An-Nahl: ayat 72)                                                                                                                                                                                                        "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"(riwayat Bukhari dan Muslim)
  1. "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49)